Monday, September 19, 2011

Sahabatku adalah tetesan embun pagi
yang jatuh membasahi kegersangan
hati
hingga mampu menyuburkan seluruh
taman sanubari
dalam kesejukan Sahabatku adalah bintang gemintang
malam di angkasa raya
yang menemani kesendirian rembulan
yang berduka
hingga mampu menerangi gulita
semesta dalam kebersamaan Sahabatku adalah pohon rendang
dengan seribu dahan
yang memayungi dari terik matahari
yang tak tertahankan
hingga mampu memberikan
keteduhan dalam kedamaian Wahai angin pengembara
kabarkanlah kepadaku tentang
dirinya Sahabatku adalah kumpulan mata air
dari telaga suci
yang jernih mengalir tiada henti
hingga mampu menghapuskan rasa
dahaga diri
dalam kesegaran Sahabatku adalah derasnya hujan
yang turun
yang menyirami setiap jengkal bumi
yang berdebu menahun
hingga mampu membersihkan
mahkota bunga dan dedaun dalam kesucian Sahabatku adalah untaian intan
permata
yang berkilau indah sebagai
anugerah tiada tara
hingga mampu menebar pesona jiwa
dalam keindahan Wahai burung duta suara
ceritakanlah kepadaku tentang
kehadirannya

Dari :Moug Soug

No comments: